Khamis, 28 April 2011

kenangan terindah



ni logo mrsm bp..masa dok surf internet .terinagt lak kat mrsm..saja la buka website mrsm bp..
tgk staf kat sana..semua dah lain..tak de dah cikgu onie dulu..ramai dah berpindah agaknya..lost contack dah pun..
onie dulu tingkatan 4 & 5 kat mrsm balik pulau...homeroom mr wong..( anak anak wong semua malas) tu tag yang kitaorang dapat..
bapak angkat yang bagi..so kena ejak la..
cite nya..masa kuliah kimia la..dalam bilik kulia..ramai la dari kelas 5A-5G..minggu tu minggu en wong ajar..
masa dia ajar..dia cari anak anak angkat dia..
yang kita orang ni semua dok belakang..bila bapak panggil..pakat dok kecilkan diri....last last kuar ayat tu dari papa wong..."mana anak anak saya ni..anak anak wong semua malas....satu dewan kuliah gelak..start hari tu..semua kawan kawan dok kata ...mana anak anak wong ni..anak anak wong semua malas......
banyak lagi kenangan yang tak dapat dilupakan masa kat mrsm BP........
memang best la kat sana......rindu nya..........rindunya...........kat roomate .....classmaate....geng yang suka lepak , yang suka wat nakal..wat huru hara ....

proses markah.......

huhuhuu..penat key in markah pagi tadi..
letih jer ..bila tgk student ramai fail..lagi la rasa penat..
onie ajar budak carry lagi sem ni..
dalam kelas tu..ada pelajar yang dah carry kali ke 2 pun...kalau gagal lagi, maknanya GB (gagal berhenti la nampaknya..)
so, masa marking tu....memang longgar la..tak straight sangat....masa marking pun tgk PB..boleh budget juga student mana..so memang membantu pelajar la.... nasib baik juga pelajar c2 ni boleh juga menjawab ( dari pada dapat 0...2,3,10 markah).kalau dapat below than 25 memang tak leh nak tolong la nampaknya..
nasib baik depa semua atas 27 markah...so, dapatla topup 2 ,3 markah lagi..so lulus la depa semua.....
lepas dah siap semua..dok fikir fikir..sampai macam tu kan nak bagi student lulus..kita pula yang fikir cara..yang student tu..ntah la apa fikir.....dok nak harapkan lecturer jer tolong.....
harap2 sem depan tak dapat la ngajar budak carry..dah 2 sem berturut turut ni...penat juga rasa..melawan emosi..menahan marah..
last sem , masa mengandung pula..dapat ngajar budak carry..sabar je la..nak marah lebih2 nanti kena kenan pula..
pastu nak wat pe..wat tak tau jer..
tak amik peduli apa student nak buat..tapi setiap kali masuk kelas, memang bersyarah la..konon bagi nasihat.la..hahahaha..padahal sendiri pun tak betul lagi...
..emmm emmm..alhamdulilah sepanjang belajar dulu tak pernah lagi carry sebarang subjek....
cuma..ingat la masa tingkatan 2 dulu.. kat TMGS..onie duduk kelas pertama ( masa tu kelas 200) ..memang saingan la dengan pelajar cina..dalam kelas 7orang jer pelajar melayu, 3 india dan lain semua cina...kita ni dah la tak pandai sangat...( tak tau macam mana dapat masuk kelas pertama).memang kira pelajar tercorot la dalam kelas...penah fail matematik.sampai cikgu math pun tak pandang kita masa ngajar ( ingat kita dah bengap kot..tak pun meluat tgk kita yang tak faham faham bila dia ajar)...bila tgk cikgu tu ( pn azimah  nama cikgu math) rasa tercabar ni..emmm.memang pulun la study.....tak nak dok ranking pelajar tercorot lagi.....hari2 wat latihan...tak penah miss...ada member yang pandai support lagi...lalhamdulillah..pastu ok....tak la dilabelkan sebagai pelajar kurang pandai lagi dalam kelas tu....
ingat lagi gaya pn azimah bila naik berang dalam kelas kitaorang.....huahuahua..kenanagan yang tak dapat dilupakan kat TMGS..............rindu la...kat ex tmgs girls.......

Rabu, 27 April 2011

penatnya marking......

akhirnya abis juga onie marking paper final..nape ntah sem ni lambat sangat nak abis..bukan apa..nak mula marking tu rasa malas sangat..seminggu kertas jawapan student terperam atas meja kat ofis....semalam baru start dan hari ni selesai semua..
yang tinggal cuma nak p matching jer esok...pastu key in markah..isi borang pelajar gagal..baru bleh relax..
relax??? tak juga..sem ni ada sem pendek...pastu dengan KIK lagi..huhuhuhu..bila la nak bercuti ni yer...adoiiii.....

Jumaat, 22 April 2011

unit exam..

rindunya..lamanya tak wat post kat blog ni...bz..
bz macam macam..
dari 18 april ..dah bz.. sebelum tu pun...minggu exam final, biasala..
onie  AJK unit exam..macam macam hal kena buat...
penat jugala..cerita pasal unit exam ni.. tanggungjawab dan amanah yang dipegang besar..
orang akan kata...syokla dia..orang unit exam..dapat tgk soalan final. memang la boleh tgk..tapi kita kena jaga amanah yang di beri..mana boleh bagitau student soalan apa yang keluar..nak jaga amanah tu yang susah..kadang2 bila student tanya banyak sangat..dok tahan la..takut terbocor pula..
sekarang ni pula soalan satu malaysia sama utk semua poli..so...lagi besar amanah tu..
tu la..orang suka dok kata, tapi kalau depa di posisi kita..baru depa tau..
tapi kan..dah lama dok kat unit exam ni..bila tgk soalan final kan..macam tak de perasaan ..tak rakam pun dlam kotak ingatan..masa tengok, semak tu...dok tgk..kita ada ajar tak..kalau semua kita penah ajar..lagila tak ingat...tu yang kadang2 kawan2 ofis tanya juga..macam mana bentuk soalan..masa depa tanya tu blur jer..sebab tak rakam kan..mungkin sebab dah tgk banyak sangat soalan kot...ntah la..atau oni ni memang orang yang tak berapa ingat apa pun..lainla kalau betul2 terjadi ke..baru ingat...
tu pasal soalan..pasal hal lain lain lagi..macam macam la unit exam ni..
dulu onie penah tanggung tugas ketua yang bercuti sambung belajar...penat ya amat..tuhan jer tahu tahap ketensenan... dengan karenah kawan kawan seperjuangan lagi...karenah orang atasan lagi..tak terlarat nak layan..
so sekarang ketua tu dah mai semula..dengan hati terbukanya..diserahkan kembali kepada dia jawatan dia dulu..baru rasa lega sangat sangat otak ni.. so sekarang onie jalani hidup macam biasa jer kat ofis ..dah kurang tensen la...

Jumaat, 15 April 2011

a very bad day today.
getting flu...sakit kepala..pinggang..macam macam la.
kepala macam nak pecah jer rasa.........
hidung pun berhingus ja.........
tak bestnya hari ni............

Rabu, 13 April 2011

mr hubby la ni......

boring boring dok tgk anak.., tunggu umi buat keje.. si mr hubby ni buatlah adegan ni..
mula mula amik pen kat kita..ingat nak buat apa ntah..pastu lama tak bagi bagi..bila minta je.. di kata tu ...

astaga..p letak kat adam haziq la pula..konon katanya practis pegang pen..ada ke patut..emm emm emm

Jumaat, 8 April 2011

Maha Raja Lawak..

malam  ni maharaja lawak..minggu kedua...
tak sabarnya nak tengok jozan..man...
LAyAn.........

kalau berpacaran

satu lagi lagu yang best nak dilayan.........
teringat zaman bercinta dulu..........hehehehe
layan jer la.........
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

LIRIK LAGU KANDA DINDA by atilia & monolog

semalam masa balik keje, otw nak lek umah la..pasang radio dengar lagu ni..atilia nyanyi
gelak sorang sorang..best juga layan..
ni lirik dia... 

P) Oh Kekanda jangan irihati,Dinda naik pangkat lagi..

(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki,malah Kanda support bini..

(P) Jadi Dinda mahu mengambil masa

 ((L) Tapi Kanda mahu segera,

(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya

(L) Tapi kanda mahu cahaya mata

(P) Dinda belum bersedia,

(L) Kanda dah beria ria,

(P) Jadi yg mana satu?

(P+L) Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga,lekas cemburu butatak rela dikongsi,

(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati,tak rela dikongsi,

(P) Oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati,

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,

(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,

(L) Ini semua demi masa depan keluarga,

(P) Dengan Dinda atau sebaliknya?

(L) Kanda kerja malam,

(P) Dinda kerja siang,

(L) Jadi bila nak bertemu?

(P+L)Tak perlu bertengkar, Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!

(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!

(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya? apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!

(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!

(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,

(L) Kanda polar kutub Utara,

(P) Dinda kutub Selatan

(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,

(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,

(L) Dinda yg Utama,

(P)Kanda sgalaNya..

(L) Dindalah Nyawa,

(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama bahagia bersama,bersama slamanya, bahagia slama- 

         lamanya!

hiburkan pagi anda.....

Kisah Seorang Pondan....

__
cubalah baca kisah ni...  :)

Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai
ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan

meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai
kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk
mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan
menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman
memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk..
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain
dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari
mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama
Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang
pemabuk.
Minggu demi
minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan
rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk
membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin
berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
Gembiralah si Minah ni tadi.

Kerana ingin menghargai
kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah
melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin
bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk
melegakan tekanan kerja..." Gembiralah Leman, dan pada suatu malam
minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah
malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak
pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah.. Sampai ke rumah,
di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran
unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.

Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,
melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
Leman buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan
dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."
Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa?
ISH..ISH