Rabu, 21 Disember 2011

week 33++

dah 33 minggu kandungan azu minggu ni..macam macam la masa pregnant kali ke 2 ni..
hb rendah samapi 9.6...
dah tu, apa lagi..kena cucuk imferon la.. 13 kali tu..dah 9 kali dah lagi 4 kali..jap g nak p cucuk 2 jarum lagi..waaaa...sakit......
tak pe lah sakit, janji anak sihat...
last cek hari ut plak..kencing kotor..aduhai..akibatnya, kena p cek tekanan darah selalu kat klinik...
aduyai..ulang alik p klinik ja la....
letih dah rasa...
emm tak lama lagi dah nak bersalin ni... berdebar debar ni...
walaupun dah kali kedua...tapi sebab kali ke 2 ni la....rasa berdebar tu lagi hebat...
dok terbayang lagi macam mana doktor cek bukaan..sakit malam nak bersalin..masa kat bilik bersalin..saat bersalin..saat di jahit...
waaaa............takutnya...............
bila cakap kat mr hubby tau apa dia kata....emm..dah takut , biarlah anak dalam perut , tak yah kuar...emmm buat lawak la pula..orang dok berdebar ni...

adam haziq .....


ni gambar adam haziq yang latest...

 gambar ni amik kat umah abang lan....seronok adam naik basikal,. tu basikal dania tu..tapi kena ada orang tolak..kaki tak sampai lagi...tgk dia seronok sangat naik basikal...umi dgn ayah pun beli basikal kat dia..
 bulatnya mata anak umi..masa tangkap pic ni ,dia pun dok kalut nak mai kat umi....pantang nampak umi dgn ayah pegang hp
 candid dalam keta ni....try bagi pakai ketayap ayah...sebiji macam ayah..tu ayat si ayah.....
tapi tak lama..tak sampai seminit dia tarik buang ketayap tu...
alahai anak umi ni..............

Rabu, 7 Disember 2011

n3 yang ntah hapa hapa....

lama nya tak update blog....minggu lepas bercuti..minggu ni kursus isnin - selasa ..hari ni baru ada mood nak menulis..tapi tak de apa nak cerita...
adam haziq pun dah setahun 6 hari ..makin nakal..makin mengada....macam macam la....
adam haziq pun dah boleh berjalan dah... dah 90 % dah pun...
emm..nothing to write lagi...
jumpa next time k...

Selasa, 22 November 2011

stress...

seminggu ni stress gila....
mengalahkan student yang ambil final.....
dah la kena marking , pastu kena semak paper orang lain pula....
pastu nek kena buat report pula...
macam  macam la...
dengan pindah rumah lagi...
nak kemas umah lagi...
dengan pregnant lagi..
dok ulang alik p klinik lagi...
huhuhuhuuuuhuhuhuhu streesssss bangat...................

Selasa, 1 November 2011

cuba jawab ..agak agaknya apa jawapan korang.........

baca dulu..fikir nak jawab pe..pas tu baru scroll ke bawah k........


 
This is a good question. Try to answer ...

You are driving along in your car on a wild, stormy night, it's raining
heavily, when suddenly you pass by a bus stop, and you see three people
waiting for a bus:

1. An old lady who looks as if she is about to die.

2. An old friend who once saved your life.

3. The perfect partner you have been dreaming about.


Which one would you choose to offer a ride to, knowing very well that there
could only be one passenger in your car?

Think before you continue reading...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


This is a moral/ethical dilemma that was once actually used as part of a job
application.

* You could pick up the old lady, because she is going to die, and thus you
should save her first;


* or you could take the old friend because he once saved your life, and this
would be the perfect chance to ! pay him back.

* However, you may never be able to find your perfect mate again.


The candidate who was hired (out of 200 applicants) had no trouble coming up
with his answer. Guess what was his answer?


...


..

..

..


..




..


..



He simply answered:

"I would give the car keys to my Old friend and let him take the lady to the
hospital. I would stay behind and wait for the bus with the partner of my
dreams."

Sometimes, we gain more if we are able to give up our stubborn thought
limitations. Never forget to "Think Outside of the Box."

Selasa, 18 Oktober 2011

minggu exam datang lagi.....

dah tak lama dah , exam final datang lagi...
dulu masa jadi student...dah hujung hujung sem ni, jadi stress..menyepikan diri...
kurang kan aktiviti jumpa kawan kawan...
ye la... pulun study..  pulak tu, kita ni jenis bukan study kat library ..tapi dok terperuk dalam bilik..depan tv.....
kita ni suka study depan tv..sampai roomate pun siap kata.." azu..u ni selalu jer depan tv..."
hahahaha... apa nak buat..dari dulu , kat umah, kat asrama sekolah..memang suka study depan tv..masuk u pun depan tv gak la....
memang tak leh lupa.. 4 tahun kat usm.... 2 tahun kat mrsm bp..2 tahun kat kmb....
sekrang ni...
bila nak dekat minggu exam..nak dekat final..stress juga...
nak abiskan silibus la...nak marking paper  kuiz, tugasan...
nak siapkan markah pb student....
waaa... stress juga......
itu lah hakikat nya... semua benda sama jer...
dulu masa study siap kata, dah keje tak la stress nak kena study untuk exam....
tapi dah keje.. stress nya ada...cuma bentuk jer berbeza...
lumrah alam kan...
apa pun..gudlak to all my student....

Isnin, 3 Oktober 2011

gambar raya

berlalu lah sudah bulan syawal..
lama nak letak gambar family dalam ni, tapi tak letak letak juga..
hari ni tercapai la hasrat...
tema tahun ni, biru....


Isnin, 26 September 2011

kisah adam dari mr hubby

hahahaha, ni kisah mr hubby cerita selepas sempat merakam aksi si comelku ni....


 ayah: nama sape...
 adam: emmmm
 ayah : nama anak ayah ni ape...
adam: emmmmm
 adam: nama kita adam ..hehehehe
 ayah:betul ke.. adam apa....
adam: emmmm betullah..
 adam: adam apa yer...
 adam: alamak lupa..nama kita adam haziq....
 adam: kan kan ayah kan..nama kita adam haziq kan..
ayah: pandainya anak ayah...
adam: hehehehehe
tgk la si kecik ni , gelak sakan masa aksi ini di ambil...
hahahaahaha...
macam macam ......
anak dgn ayah...macam macam.....

Jumaat, 23 September 2011

bonus 2011

ni dapatan dari blog cuepacs..harap harap kajian menunjukkan hasil yang positif......huhuhuhuhuhu

22 September 2011

BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM

Malaysia Insider
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
September 22, 2011


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Khamis, 15 September 2011

kursus computer...

hari ni ada kursus computer..salah satu pengisisannya, belajar cara edit picture..ala ala photoshop..tapi tak sehebat photoshop la...
ni la hasilnya ..heheheh...