Khamis, 24 Mac 2011

lawak......

cuba baca..lawak ker..kalau lawak ..anda perlu ketawa tau..hahahahahaha
lawak 1

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat."Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang 



lawak 2

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend orang putihnya (boleh dikatakan mat saleh) … Dia tak sanggup bertemu muka, lalu dia pun mengutus surat … surat tu macam ni bunyinya … :-

Hi! My motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook. I know I clap one hand
only. Correctly, I have see you and she together at town with my eyes self. You always request apology back back. I don't trust you again!!!My Friend speak you
play three wood. Now I know you correct correct play three wood. so, I break off to pull my body from this love
triangle.I know this result I pick is very correct, because you love
she very high from me. so, I break off to go far from here. But I always love where also I live … .Safe live……


lawak 3

Seorang professor sedang memberikan kuliah pada 300 orang muridnya di sebuah universiti.
Kata professor "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar pada bila-bila masa".
Semasa kuliah berjalan selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang saja yang tinggal.
Setelah professor menghabiskan kuliahnya professar berkata,
“Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya."
“Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan" balas orang itu.


nak lagi lawak.... layanlah web ni

http://lawakjenaka.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan