Selasa, 22 November 2011

stress...

seminggu ni stress gila....
mengalahkan student yang ambil final.....
dah la kena marking , pastu kena semak paper orang lain pula....
pastu nek kena buat report pula...
macam  macam la...
dengan pindah rumah lagi...
nak kemas umah lagi...
dengan pregnant lagi..
dok ulang alik p klinik lagi...
huhuhuhuuuuhuhuhuhu streesssss bangat...................

Selasa, 1 November 2011

cuba jawab ..agak agaknya apa jawapan korang.........

baca dulu..fikir nak jawab pe..pas tu baru scroll ke bawah k........


 
This is a good question. Try to answer ...

You are driving along in your car on a wild, stormy night, it's raining
heavily, when suddenly you pass by a bus stop, and you see three people
waiting for a bus:

1. An old lady who looks as if she is about to die.

2. An old friend who once saved your life.

3. The perfect partner you have been dreaming about.


Which one would you choose to offer a ride to, knowing very well that there
could only be one passenger in your car?

Think before you continue reading...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


This is a moral/ethical dilemma that was once actually used as part of a job
application.

* You could pick up the old lady, because she is going to die, and thus you
should save her first;


* or you could take the old friend because he once saved your life, and this
would be the perfect chance to ! pay him back.

* However, you may never be able to find your perfect mate again.


The candidate who was hired (out of 200 applicants) had no trouble coming up
with his answer. Guess what was his answer?


...


..

..

..


..




..


..



He simply answered:

"I would give the car keys to my Old friend and let him take the lady to the
hospital. I would stay behind and wait for the bus with the partner of my
dreams."

Sometimes, we gain more if we are able to give up our stubborn thought
limitations. Never forget to "Think Outside of the Box."

Selasa, 18 Oktober 2011

minggu exam datang lagi.....

dah tak lama dah , exam final datang lagi...
dulu masa jadi student...dah hujung hujung sem ni, jadi stress..menyepikan diri...
kurang kan aktiviti jumpa kawan kawan...
ye la... pulun study..  pulak tu, kita ni jenis bukan study kat library ..tapi dok terperuk dalam bilik..depan tv.....
kita ni suka study depan tv..sampai roomate pun siap kata.." azu..u ni selalu jer depan tv..."
hahahaha... apa nak buat..dari dulu , kat umah, kat asrama sekolah..memang suka study depan tv..masuk u pun depan tv gak la....
memang tak leh lupa.. 4 tahun kat usm.... 2 tahun kat mrsm bp..2 tahun kat kmb....
sekrang ni...
bila nak dekat minggu exam..nak dekat final..stress juga...
nak abiskan silibus la...nak marking paper  kuiz, tugasan...
nak siapkan markah pb student....
waaa... stress juga......
itu lah hakikat nya... semua benda sama jer...
dulu masa study siap kata, dah keje tak la stress nak kena study untuk exam....
tapi dah keje.. stress nya ada...cuma bentuk jer berbeza...
lumrah alam kan...
apa pun..gudlak to all my student....

Isnin, 3 Oktober 2011

gambar raya

berlalu lah sudah bulan syawal..
lama nak letak gambar family dalam ni, tapi tak letak letak juga..
hari ni tercapai la hasrat...
tema tahun ni, biru....


Isnin, 26 September 2011

kisah adam dari mr hubby

hahahaha, ni kisah mr hubby cerita selepas sempat merakam aksi si comelku ni....


 ayah: nama sape...
 adam: emmmm
 ayah : nama anak ayah ni ape...
adam: emmmmm
 adam: nama kita adam ..hehehehe
 ayah:betul ke.. adam apa....
adam: emmmm betullah..
 adam: adam apa yer...
 adam: alamak lupa..nama kita adam haziq....
 adam: kan kan ayah kan..nama kita adam haziq kan..
ayah: pandainya anak ayah...
adam: hehehehehe
tgk la si kecik ni , gelak sakan masa aksi ini di ambil...
hahahaahaha...
macam macam ......
anak dgn ayah...macam macam.....

Jumaat, 23 September 2011

bonus 2011

ni dapatan dari blog cuepacs..harap harap kajian menunjukkan hasil yang positif......huhuhuhuhuhu

22 September 2011

BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM

Malaysia Insider
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
September 22, 2011


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Khamis, 15 September 2011

kursus computer...

hari ni ada kursus computer..salah satu pengisisannya, belajar cara edit picture..ala ala photoshop..tapi tak sehebat photoshop la...
ni la hasilnya ..heheheh...

Selasa, 6 September 2011

MERAJUK ATAU MENGAJAR....

alkisah...seminggu sebelum cuti raya, onie ada la terasa skit kat satu kelas ni..kelas DEP 2..
depa banyak cakap..terlampau banyak cakap..lawyer buruk lak dengan kita.....satu hari tu, kelas petang..memang tak larat ni nak p kelas, tapi sebab kan rasa tanggungjawab( nak abiskan mengajar coz ujian dah nak dekat, gagahkan juga p kelas..) dalam kelas pula...student ni banyak cakap, lawyer buruk gila bangang dgn kita...bagi latihan pun cakap banyak..
so, terasa la kepenatan tu sangat sangat..hilang semangat nak mengajar... kiranya marah la ni, bagi soalan, minta depa buat..siap kata nak buat buat, tak nak buat , sudah....
terus kuar kelas..kelas ada sejam lagi..tapi malas nak layan kerenah depa....
so, semalam ada kelas lah dengan depa...kelas petang...tapi pagi pagi lagi dah col tanya ada kelas atau tak..hati ni dah berbulu dah...
suka sangat tak ada kelas kan....masalahnya bukan sorang tanya, dekat 4 5 orang sms tanya.. ini sudah lebih ni..so, masuk kelas petang tu..dengan hati yang berat jer nak mengajar...mai pula lambat...
last last, minta depa belajar sendiri..bagi nota..belajar..buat latihan...sendiri..
tak faham baru mai tanya....
depa pun tak kisah..
tak pe lah... minggu depan pun nak buat macam tu...biar depa rasa...lecturer mengajar tak nak dengar..lagipun, depa suka kalau kelas tak de...
nak lek tu, ada student tanya..puan merajuk lagi ker??? aku senyum jer..
dalam hati ni dok terfikir..merajuk ker?  ish..tak lah merajuk sangat...tapi cuma nak mengajar depa , hormat sikit kat lecturer...biar depa rasa, lecturer ni penting atau tak...

Jumaat, 26 Ogos 2011

salam lebaran.........

salam aidilfitri.........maaf zahir batin....
cuti raya tahun ni panjang............ apa nak buat..turn tahun ni kat kampnung mr hubby..raya ketiga baru dapat lek taiping.........
hhuhuhuhuhu...

Khamis, 25 Ogos 2011

selembar kisah sebagai tatapan........

Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.
“Mengapa?” dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
“Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.
Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

onie terbaca kisah ni bila baca blog ofis mate.... emmmm ...nak  ulas apa yer..hahahaha..
cuma terfikir..kalau kita tanya suami kita soalan yang sama dalam kisah di atas..rasanya , apa jawapan suami kita ...
eemmmmmmm.nak tahu ,cuba la....