Rabu, 21 Disember 2011

week 33++

dah 33 minggu kandungan azu minggu ni..macam macam la masa pregnant kali ke 2 ni..
hb rendah samapi 9.6...
dah tu, apa lagi..kena cucuk imferon la.. 13 kali tu..dah 9 kali dah lagi 4 kali..jap g nak p cucuk 2 jarum lagi..waaaa...sakit......
tak pe lah sakit, janji anak sihat...
last cek hari ut plak..kencing kotor..aduhai..akibatnya, kena p cek tekanan darah selalu kat klinik...
aduyai..ulang alik p klinik ja la....
letih dah rasa...
emm tak lama lagi dah nak bersalin ni... berdebar debar ni...
walaupun dah kali kedua...tapi sebab kali ke 2 ni la....rasa berdebar tu lagi hebat...
dok terbayang lagi macam mana doktor cek bukaan..sakit malam nak bersalin..masa kat bilik bersalin..saat bersalin..saat di jahit...
waaaa............takutnya...............
bila cakap kat mr hubby tau apa dia kata....emm..dah takut , biarlah anak dalam perut , tak yah kuar...emmm buat lawak la pula..orang dok berdebar ni...

adam haziq .....


ni gambar adam haziq yang latest...

 gambar ni amik kat umah abang lan....seronok adam naik basikal,. tu basikal dania tu..tapi kena ada orang tolak..kaki tak sampai lagi...tgk dia seronok sangat naik basikal...umi dgn ayah pun beli basikal kat dia..
 bulatnya mata anak umi..masa tangkap pic ni ,dia pun dok kalut nak mai kat umi....pantang nampak umi dgn ayah pegang hp
 candid dalam keta ni....try bagi pakai ketayap ayah...sebiji macam ayah..tu ayat si ayah.....
tapi tak lama..tak sampai seminit dia tarik buang ketayap tu...
alahai anak umi ni..............

Rabu, 7 Disember 2011

n3 yang ntah hapa hapa....

lama nya tak update blog....minggu lepas bercuti..minggu ni kursus isnin - selasa ..hari ni baru ada mood nak menulis..tapi tak de apa nak cerita...
adam haziq pun dah setahun 6 hari ..makin nakal..makin mengada....macam macam la....
adam haziq pun dah boleh berjalan dah... dah 90 % dah pun...
emm..nothing to write lagi...
jumpa next time k...

Selasa, 22 November 2011

stress...

seminggu ni stress gila....
mengalahkan student yang ambil final.....
dah la kena marking , pastu kena semak paper orang lain pula....
pastu nek kena buat report pula...
macam  macam la...
dengan pindah rumah lagi...
nak kemas umah lagi...
dengan pregnant lagi..
dok ulang alik p klinik lagi...
huhuhuhuuuuhuhuhuhu streesssss bangat...................

Selasa, 1 November 2011

cuba jawab ..agak agaknya apa jawapan korang.........

baca dulu..fikir nak jawab pe..pas tu baru scroll ke bawah k........


 
This is a good question. Try to answer ...

You are driving along in your car on a wild, stormy night, it's raining
heavily, when suddenly you pass by a bus stop, and you see three people
waiting for a bus:

1. An old lady who looks as if she is about to die.

2. An old friend who once saved your life.

3. The perfect partner you have been dreaming about.


Which one would you choose to offer a ride to, knowing very well that there
could only be one passenger in your car?

Think before you continue reading...
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


This is a moral/ethical dilemma that was once actually used as part of a job
application.

* You could pick up the old lady, because she is going to die, and thus you
should save her first;


* or you could take the old friend because he once saved your life, and this
would be the perfect chance to ! pay him back.

* However, you may never be able to find your perfect mate again.


The candidate who was hired (out of 200 applicants) had no trouble coming up
with his answer. Guess what was his answer?


...


..

..

..


..




..


..



He simply answered:

"I would give the car keys to my Old friend and let him take the lady to the
hospital. I would stay behind and wait for the bus with the partner of my
dreams."

Sometimes, we gain more if we are able to give up our stubborn thought
limitations. Never forget to "Think Outside of the Box."

Selasa, 18 Oktober 2011

minggu exam datang lagi.....

dah tak lama dah , exam final datang lagi...
dulu masa jadi student...dah hujung hujung sem ni, jadi stress..menyepikan diri...
kurang kan aktiviti jumpa kawan kawan...
ye la... pulun study..  pulak tu, kita ni jenis bukan study kat library ..tapi dok terperuk dalam bilik..depan tv.....
kita ni suka study depan tv..sampai roomate pun siap kata.." azu..u ni selalu jer depan tv..."
hahahaha... apa nak buat..dari dulu , kat umah, kat asrama sekolah..memang suka study depan tv..masuk u pun depan tv gak la....
memang tak leh lupa.. 4 tahun kat usm.... 2 tahun kat mrsm bp..2 tahun kat kmb....
sekrang ni...
bila nak dekat minggu exam..nak dekat final..stress juga...
nak abiskan silibus la...nak marking paper  kuiz, tugasan...
nak siapkan markah pb student....
waaa... stress juga......
itu lah hakikat nya... semua benda sama jer...
dulu masa study siap kata, dah keje tak la stress nak kena study untuk exam....
tapi dah keje.. stress nya ada...cuma bentuk jer berbeza...
lumrah alam kan...
apa pun..gudlak to all my student....

Isnin, 3 Oktober 2011

gambar raya

berlalu lah sudah bulan syawal..
lama nak letak gambar family dalam ni, tapi tak letak letak juga..
hari ni tercapai la hasrat...
tema tahun ni, biru....


Isnin, 26 September 2011

kisah adam dari mr hubby

hahahaha, ni kisah mr hubby cerita selepas sempat merakam aksi si comelku ni....


 ayah: nama sape...
 adam: emmmm
 ayah : nama anak ayah ni ape...
adam: emmmmm
 adam: nama kita adam ..hehehehe
 ayah:betul ke.. adam apa....
adam: emmmm betullah..
 adam: adam apa yer...
 adam: alamak lupa..nama kita adam haziq....
 adam: kan kan ayah kan..nama kita adam haziq kan..
ayah: pandainya anak ayah...
adam: hehehehehe
tgk la si kecik ni , gelak sakan masa aksi ini di ambil...
hahahaahaha...
macam macam ......
anak dgn ayah...macam macam.....

Jumaat, 23 September 2011

bonus 2011

ni dapatan dari blog cuepacs..harap harap kajian menunjukkan hasil yang positif......huhuhuhuhuhu

22 September 2011

BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM

Malaysia Insider
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
September 22, 2011


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.
“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Khamis, 15 September 2011

kursus computer...

hari ni ada kursus computer..salah satu pengisisannya, belajar cara edit picture..ala ala photoshop..tapi tak sehebat photoshop la...
ni la hasilnya ..heheheh...

Selasa, 6 September 2011

MERAJUK ATAU MENGAJAR....

alkisah...seminggu sebelum cuti raya, onie ada la terasa skit kat satu kelas ni..kelas DEP 2..
depa banyak cakap..terlampau banyak cakap..lawyer buruk lak dengan kita.....satu hari tu, kelas petang..memang tak larat ni nak p kelas, tapi sebab kan rasa tanggungjawab( nak abiskan mengajar coz ujian dah nak dekat, gagahkan juga p kelas..) dalam kelas pula...student ni banyak cakap, lawyer buruk gila bangang dgn kita...bagi latihan pun cakap banyak..
so, terasa la kepenatan tu sangat sangat..hilang semangat nak mengajar... kiranya marah la ni, bagi soalan, minta depa buat..siap kata nak buat buat, tak nak buat , sudah....
terus kuar kelas..kelas ada sejam lagi..tapi malas nak layan kerenah depa....
so, semalam ada kelas lah dengan depa...kelas petang...tapi pagi pagi lagi dah col tanya ada kelas atau tak..hati ni dah berbulu dah...
suka sangat tak ada kelas kan....masalahnya bukan sorang tanya, dekat 4 5 orang sms tanya.. ini sudah lebih ni..so, masuk kelas petang tu..dengan hati yang berat jer nak mengajar...mai pula lambat...
last last, minta depa belajar sendiri..bagi nota..belajar..buat latihan...sendiri..
tak faham baru mai tanya....
depa pun tak kisah..
tak pe lah... minggu depan pun nak buat macam tu...biar depa rasa...lecturer mengajar tak nak dengar..lagipun, depa suka kalau kelas tak de...
nak lek tu, ada student tanya..puan merajuk lagi ker??? aku senyum jer..
dalam hati ni dok terfikir..merajuk ker?  ish..tak lah merajuk sangat...tapi cuma nak mengajar depa , hormat sikit kat lecturer...biar depa rasa, lecturer ni penting atau tak...

Jumaat, 26 Ogos 2011

salam lebaran.........

salam aidilfitri.........maaf zahir batin....
cuti raya tahun ni panjang............ apa nak buat..turn tahun ni kat kampnung mr hubby..raya ketiga baru dapat lek taiping.........
hhuhuhuhuhu...

Khamis, 25 Ogos 2011

selembar kisah sebagai tatapan........

Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan perceraian.
“Mengapa?” dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
“Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.
Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

onie terbaca kisah ni bila baca blog ofis mate.... emmmm ...nak  ulas apa yer..hahahaha..
cuma terfikir..kalau kita tanya suami kita soalan yang sama dalam kisah di atas..rasanya , apa jawapan suami kita ...
eemmmmmmm.nak tahu ,cuba la....

Khamis, 18 Ogos 2011

kenapa kita perlu balik kerja awal...

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan. (baru boleh feel...hehe)

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Adik tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
 

emmm.keluhan hati suami...dan keluhan hati isteri....

ni dari orang lelaki...
melampau kan orang lelaki ni...........
Duhai isteriku….
Abang ingin kahwin lagi..bukan dirimu telah ku benci..
cuma hadirnya tanpa ku sedari..dia rakan abang di tempat kerja..
selalu sangat abang bersama..dah tugas bukan sengaja..
abang takut syaitan menggoda.. memang abang akui dia cantik..
lenggok jalannya buat hati berdetik..dia juga dari golongan baik-baik..
beradab bersopan juga cerdik..dia tak pernah cuba menggoda..
cuma abang ini perasan saja..bila bekerja berbincang bersama..
entah kepala ini dah melayang ke mana..mungkin dia tak rasa apa-apa..

bukan sayang sudah abang jemu..
sayang masih lagi cantik seperti dulu..
namun bukan cantik sayang yang abang perlu..
layanan sayang itu yang buat tak jemu..
cuma di office sayang tak ada..
boring dan jemu datanglah juga..
tak ada sapa nak ajak berbicara..
itu sebab abang call hampir setiap masa..
nak menunggu sampai dirumah tak terdaya..
dirumah sibuk nak uruskan anak pula..

abang akui lengkap sudah dirimu..
cuma abangkan berhak kawin dua..
bahkan empat pun tak apa..
sebab itu ketentuan yang Esa..
DIA tahu lelaki tak boleh dipercaya..
lelaki memang sukar mengawal gelora..
itu dikurniakan akal sembilan..
buat melawan nafsu godaan..
namun kuatnya nafsu berpangkat sarjan..
sembilan tentera terlalu mudah dikalahkan..
lain perempuan nafsunya sembilan..
tapi itu nafsunya pangkat bawahan..
akalnya pula berpangkat sarjan..

Duhai isteriku…maafkan abang mencari selainmu..
ini demi menghalang maksiat berlaku..
sebelum terlanjur godaan nafsu..kan lebih baik dihalalkan dulu..
abang berjanji seadil yang mampu..


“Pah butang baju abang mana Pah….”


ni orang perempuan balas...
hahahahaha

Duhai suamiku dunia dan akhirat
Kufahami bahawa kau memang berniat
Menambah cawangan di satu lagi tempat Abang,

Bukannya niatku untuk menegah
Suara hati isterimu ini dengarkanlah
Kerana tiada guna kita berbalah
Sampai bila-bila pun tak akan sudah-sudah

Memang di officemu diriku tiada
Bukankah abang juga yang menegah bekerja
Katamu jadilah surirumah sepenuh masa
Agar anak-anak menjadi manusia berguna
Kuturuti katamu walaupun aku berijazah juga
Inikah pula yang patut kuterima?

Abang,Memang abang berhak berkahwin dua ataupun tiga
Tetapi mampukah abang untuk mengeluarkan belanja
Mampukah abang menanggung semuanya
Bukan sahaja dari segi material saja
Malah merangkumi aspek segala
Kubimbang nanti akhirat disana
Abang melangkah senget sebelah bahunya
Sedang aku dapat melihat cuma…

Abang,Kurelakan abang berkahwin lagi
Sekiranya layananku padamu tidak memuaskan hati
Tetapi seperti katamu aku lengkap segala segi
Apa sebenarnya yang kau cari???

Abang,Semenjak akad telah dilafazkan
Telah kuserahkan jiwa dan perasaan
Ibubapaku juga melepaskanku dengan pesanan
Hidupku jangan disia-siakan

Janjimu kini hanya tinggal kenangan

Abang,Memang nafsu itu satu godaan
Sebenarnya tiada beza tentera ataupun sarjan
Hanya tekad dan akal yang mesti digunakan
Begitulah Islam menyarankan
Sekiranya tidak, tiadalah beza antara manusia dan haiwan ataupun syaitan…

Abang,Sanggupkah kau memikirkan apa yang kufikirkan?
Sanggupkah kau berkongsi pelukan?
Sanggupkah kau berkongsi belaian?

Akhir sekali,Apa yang ingin kutegaskan di sini
Mulai daripada tika dan saat ini
Aku akan berhenti menjadi
Seorang isteri yang baik hati
Kerana nampaknya kau tidak reti-reti untuk menghargai
Sekarang buatlah apa yang kau ingini
Aku sudah tidak peduli
Daripada ku menghambakan diri
Lebih baik aku pun mula mencari pengganti


Pah...butang baju abg mana Pah?

Butang baju? Sorry, cari sendiri!!

senyum jer bila baca ni..

sekadar berkongsi bahan bacaan dari internet...suka suka jer....
maksud  CINTA :
(sebelum kahwin)


C = cubit kiri, kanan rasa.



I = impian indah ibarat syurga.



N = nikah impian utama.



T = taat setia membawa bahagia.



A = awal dan akhir bersama-sama



(selepas kahwin)


C = cuka yang dituang pada luka.



I = iblis yang merosak minda.



N = nafsu semata-mata.



T = tuba yang dibalas semula.



A = api dalam neraka.

maksud KASIH :


(sebelum kahwin)


K = kongsi semua suka duka.


A = abang adik, ayang anja.




S = sumpah janji di bibir sentiasa.


I = istana bahagia dah dicipta.


H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)


K = kaki tangan naik kat kepala.


A = abuk pun tara, nak makan apa??


S = simpati langsung tak ada.


I = ironi membakar jiwa.


H = hidup mati sama je.





maksud SAYANG :


(sebelum kahwin)


S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!


A = asal free mesti nak jumpa.


Y = you lap me, I lap you!




A = apa saja sanggup diduga.


 N = nak itu, nak ini... mesti dapat.


G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)


S = salah sikit kiamat dunia.


A = air tak sedap, basahlah mata.


Y = yang betul dia je.




A = ada takde, bagi anak reti la.


N = nak dilawan, digelar derhaka.


G = gaduh sampai lebam.


maksud HATI :


(sebelum kahwin)


H = hanya dikau yang daku cinta.


A = air paip pun manis macam gula.


T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.


I = igauan indah tak terkira.


 (selepas kahwin)


H = hantu jembalang lagi sempurna.


A = air mata jadi teman setia.


T = tempat mengadu dah tak ada.


I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat




macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...


C- Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama


I- Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)


N- Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan


T- Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang


A- Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga



Dialog Ringkas:
Ani :Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?
Ena : Surat warna Hijau Muda itu bererti :Aku Cinta Padamu
Ani : Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?
Ena : itu melambangkan Suasana Pilu
Ani : Kalau kertasnya berwarna Merah?
Ena : Asmara Yang Membara
Ani : Kalau kertasnya warna Putih?
Ena : Suci, Bersih dan Jujur
Ani : Kalau kertasnya Kuning?
Ena : Melambangkan Hati Yang Gersang
Ani : Kalau Merah Jambu?
Ena : Sedang Jatuh Cinta
Ani : Kalau kelabu?
Ena :Melambangkan Hati Yang Sedang sedih
Ani : Kalau kertasnya Hitam?
Ena : Itu namanya kertas karbon.. bodoh! hehe...

Selasa, 16 Ogos 2011

AKHIRNYA ...YANG DITUNGGU DAH SAMPAI.......

setelah sekian lama menunggu , kini dah tiba..bukan hari raya ek....
ni hal umah ni..dah lama sangat tunggu asas dunia col suruh amik kunci...baru semalam dapat surat...
so, pagi pagi ni lepas p klinik , terus p asas dunia amik kunci.waaa.......aku dah ada umah sendiri........
syoknya........
tak sabar rasanya ..
tapi tak leh dok lagi....api air kena daftar....nak pasang gril....kabinet kitchen lagi...........
apa pun...target dalam bulan 9 dah boleh angkat barang sikit sikit........

Jumaat, 29 Julai 2011

marah ? geram?

hari ni jadual waktu anjal...so, kelas sejam akan berkurang 15 minit..45 minit jer la..
punya la poyo p kelas kul 9.30...
kelas patut stat kul 10 sampai 11, tapi dah jadual anjal, jadi 9.30 sampai 10.15.. berdebar juga, takut student tak tahu..( tapi dah mesej) takut lecturer kelas pagi2 tak ingat jadual anjal...mesti effect gile ni...
tapi p juga kul 9.30..tgk2 seketul jer mai... aduh, terasa nak angin juga la...col student plak, depa p jumpa lecturer lain, emm tambah geram la...dapat tau pula, ketua kelas plak ..tido kat umah..tak mau mai kelas....
emmm memang dah angin la..
so..nekad ni, nak ajar budak sorang yang mai tu jer..
lantak la yang lain tu...
dah dekat kul 10 pg, baru yang lain mai...
emmm malas nak ajar depa..onie teruskan juga ajar si azam tu, dia jer mai....
nasib la...
next class nanti nak teruskan topik lain...biar p kat depa...kena ajar sikit ..
lepas kuar kelas, onie gelak sorang sorang..padan muka depa..manja sangat............

Rabu, 27 Julai 2011

gambar lake tu...

bila buka blog ni...ada gambar lake...banyak kenangan tau kat gambar tu... tempat tu la..kat kerusi tu la dok lepak lepak dgn kengkawan bila cuti sekolah...
ye la...kita dok asrama..kawan kat tepeng...so, time cuti melepak la kat situ.. sembang 2 3 jam pun tak sedar....
kat situ juga onie dgn best friend suka  lepak masa cuti...dgn best friend azi... memang hari minggu p jogging..lepak kat situ..tu bila time dia cuti , dan masa dia ada kat malaysia....
dan yang best nya ...kat kerusi tu la tempat pertemuan pertama dgn mr hubby ku ....hahahaha kelakarnya...dah tu jadi tempat dating la bila lek tepeng....
memang banyak kenangan...sekarang semua tinggal kenangan...azi pun dah sibuk merawat orang..tak de masa nak kuar..aku pun ..sibuk keje..sibuk dgn mr hubby..sibk dgn si adam kecik tu.....
kenangan lama yang hanya tinggal kenangan...
bila sesekali ingat...best juga...

hari malas ...

hari ni tak tau nape malas jer rasa..badan lemah longlai jer...
pagi pagi lagi, masuk  keje...p tido kat surau...
pastu p kelas..wat kelas sejam jer..
kuar jap p amik gaji...balik...rasa tak larat sangast...tidur lagi kat ofis...
petang ni nak p p kelas lak kul 4 pm ni...aduh....beratnya rasa badan..beratnya rasa tulang tulang ini...
sebab badan dah bertambah besau ker...atau sebab dah berbadan dua..hahahahahha
betul ke dah berbadan dua???? hahahahahahah

Khamis, 21 Julai 2011

misconception....

nak citer lagi pasal misconception ni...masa ngajar tadi, kelas mekanikal.. ajar topic compleks number, subtopic argand diagram.....
oni bagila contoh....
1) given, Z=3-i and W= -1-i, by  using argan diagram, find Z+W...
onie tunjuklah cara nak wat....
cara reverse..oni minta student buat calculation dulu....
dapatlah Z+ W=(3-i)+(  -1-i) =2-2i..so, onie suruhlah student plot...
Z=3-i  maka koordinat Z adalah (3,-1)
W= -1-i, maka koordinat W adalah ( -1,-1)
Z+ W=2-2i maka koordinat Z+ W adalah (2,-2)..
tapi tiba tiba ada student ni tanya..

puan..kalau saya tulis macam ni boleh...

Z+ W=(3-i)+(  -1-i) =2-2i... onie jawab , boleh...

dan saya anggap macam ni boleh?

Z+ W=(3-i)+(  -1-i)  ..

saya anggapdalam kurungan depan( sambil tunjukkan kurungan pertama) tu sebagai   3 untuk nilai x bagi z, -i untuk nilai y bagi  w, kurungan kedua pula, -1 sebagai nilai x untuk z dan -i sebagai nilai y untuk w

onie pun pening..dah ada misconception dah ni..
cepat cepat oni explain, bagi contoh lain....
tak tau la student tu ok lek ke tak..

pelik ar...cepat sangat nak wat rumusan...

student yang tanya tu, memang boring...dah la bawa nota kawan dia( lecturer lain, bawa tak pe..siap compare lak tu apa kita ajar denganapa lecturer tu ajar....

aduh..jenuh nak explain..........

letih....

macam macam kan...

sebagai lecturer math selama 4 tahun ni, macam macam jawapan student yang diluar jangkaan kita..
tak sangka pula math ni boleh jadi bahan ketawa ....

 jom tgk....

:-) kita pun tak terfikir nak jawab macam ni
sangat kreatiif..ahahahahhah
tu yang masa ngajar kena cakap dan tunjuk sekali..macam ni la..kita akan cakap, potong benda yang sama untuk diatas dan bawah...kan dah jadi macam ni...
misconception.....
hebat tul....
sangat mengikut arahan..hahahahahaah
semua ni adalah misconception in math... suasah nak hilangkan misconception ni dalam otak student kita....sangat sukar..dulu kat u , ada satu subtopic dalam teaching method, yang cerita pasal misconception...memang susah..tu lecturer dulu cakap, kena ajar dan tunjuk contoh ..contoh biar berbeza ..sebab, kalau contoh lebih kurang sama step penyelesaiannya, misconception mesti ada kat situ...
tak semua student pun..tapi sorang dua, mesti ada...

 

Rabu, 20 Julai 2011

jawapan soalan matematik.......

Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya

(A) => M = A + 21



6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur

anak



M + 6 = (A + 6) x 5

dimana M = A + 21

A + 21 + 6 = (A + 6) x 5

A + 27 = 5A + 30

27 - 30 = 5A - A

* 3 = 4A



A = -3/4







Bererti umur anaknya sekarang

* 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan.



Bererti anaknya sekarang belum lahir ( akan lahir

kira-kira 9 bulan

kemudian )



Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ...

























atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut

posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak

dihasilkan ...ha... ha... ha....

soalan matematik.........


Senario:

Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian,

umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya.



Soalan:

Bapanya sekarang berada di mana ?



Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan

bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara wajar...
Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab.


Khamis, 14 Julai 2011

dah besar anak umi.....


tengokla..dah besar panjang dah anak umi ni...



pejam celik pejam celik...dah 7 bulan dah anak umi..
makin haziq(cerdik) , makin pandai....macam macam la..tapi satu jer anak umi ni..tak leh tinggal sorang sorang..emmmm  macam mana nak jadi abang ni..( ayat mr hubby)..hahahahahahaha

Isnin, 11 Julai 2011

emmm ce cite ce cite.@ BMT

emm ce cite ce cite. nak cite ape ek..
nak cite pasal Bahasa Melayu Tinggi la...atau singkatannya BMT..
benda ni onie baru belajar masa p kursus penulisan yang PSp anjurkan denga satu company ni ..nama apa ek..lupa la pula...
satu dasar company ni ialah amalkan BMT..apa BMT tu? masa mula2 dengar pelik juga..kita orang melayu pun tak tahu  bahasa melayu ada tinggi atau rendah..
bila dah dengar penjelasan , baru faham...disimpulkan, BMT tu macam bahasa melayu standard la..semua orang faham ,mudah diterjemahkan ke bahasa lain, ikut peraturan bahasa yang betul..
contohnya...
" nak kemana tu ..." ni BMR..bahasa melayu rendah..
" hendak ke mana itu" ini contoh  BMT....
alkisahnya, kena ada subjek , predikat,tak boleh ayat tergantung..
BMR pula, ala ala bahasa pasar la... macam oni dok tulis ni...tu guna BMR....

oleh itu, marilah kita mula melatih diri kita menggunakan bahasa melayu tinggi...cewah......... :)

Selasa, 5 Julai 2011

alkisah

hari ni ada seminar kat DKU..pasal OSH ataupun keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan... ingatkan ada talk in, tapi rupanya present paper jer... dalam dok mendengar tu, bergosip la juga ..hahahaha
ada orang tanya kat kawan onie, azu ngandung ker...terus onie gelak...dalam hati ni terpikir...ada juga insan yang melihat dan mengikuti perkembangan diriku..bila tau saper yang bertanya, lagi la hairan bin pelik...tapi otak nakal ni dok kata, emmm depa dengki la tu....ker cari bahan nak mengata....ish ish..teruk tul la otak ni...
hahahahaha betul ker ngandung lagi..tak cek lagi sebenarnya..tgk la bulan depan ni...alat uji tu dah beli tapi tak cek lagi....mr hubby la..semangat ja p beli..nape tak cek lagi ek....takut??adajuga..runsing ni runsing...
sebut hal ngandung ni segan la pula..baby baru 7 bulan, dah pregnant lagi..apa orang kata ek..mesti berbakul bakul orang mengata..dah terbayang dah..ingat dulu ada sorang tu kes macam ni juga, jenuh la dengar telinga ni orang dok mengata kat dia..sian anak kecik la, tak elok la.. sampai kita yang berbulu dgr..nasib tuan badan tu tak dengar, kalau tak mesti hangin juga.... pelik kan..orang ngandung, depa dok kata..biarlah ..dah rezeki..ker depa jeles tak ngandung ngandung lagi...emm otak jahat dah ni...kita ngandung pun, bukan suruh depa jaga anak kita, bukan minta duit depa pun kan..hahahahaha..lumrah alam...
masa baru ngandung anak first pun, rasanya jenuh juga dok mengata kat oni, baru kawin, terus ngandung la..apa la..tau sangat..tapi telinga wat tak tahu jer la.... mulut orang mana boleh kita nak tutup kan..
apa pun, renung diri sendiri..emmmm dah bersedia ker nak ada anak dua ni..........waaaaaa......runsing....

Isnin, 4 Julai 2011

adam haziq

emm..serius , lama gila tak tulis apa apa kan..emm tak de apa la nak citer...otak runsing ni..hahahaha..
sebulan dah miss period..dok risau ni..huahuahuahuahua...
apa pun..jom layan pasal adam...si comel ni dalam proses nak merangkak..dok angkat badan..kaki dah melutut dah.tapi tak leh nak merangkak ke depan lagi..dok kebelakang la pula..seronok tul tgk  perkembangan adam haziq ni....lucu..hilang semua letih.. dah besar pun anak umi..... maknanya..umi pun dah makin tua..ye ker...atau makin besar....
dalam perut umi ni ada sorang lagi ker..adam haziq dah bersedia ker nak dapat adik ni...huahuahuahuahuahauauuaua...risaunya..apa pun..think positif...rezeki tuhan nak bagi kan..
kalau tul ada..lepas ni tobat..umi nak makan pil.................

Khamis, 16 Jun 2011

si comel ku..

lamanya tak buat n3 pasal si comel pengikat kasih sayang oni dgn mr hubby ..si penyeri rumah ni..sape lagi..si adam haziq la...
umurnya sekarang dah 6 bulan 2 minggu..emm sat ja masa berlalu kan.. ingatan lahirkan si adam..dok ulang alik hospital masih segar dalam ingatan....
si adam ni dah makin pandai dah sekarang..dah kenal umi..dah kenal ayah..kenal ibu...mama.. opah ..tok wan...tok wan..kakak..semua la..bila nampak umi balik jer..dah terkinja kinja gembira..tengok ayah balik lagi la... mr hubby tu kalau melayan anak..lupa dah si umi ni...adam pun , kalau dgn ayah ..emm bukan main seronok lagi..gelek terkekek kekek....
perkembangan lain..si adam ni dah mula angkat badan..tak tahu la nak duduk ke..atau nak merangkak ke depan..tapi bila dia angkat badan, dia ke belakang la..... mulut si adam ni tok sah dok kata la..dok jerit jerit jer.. ramah sangat la pula...ada satu masa , masa dia 5 bulan , p klinik..emmm dok menjerit dalam klinik tu..ish..semua orang tgk dok senyum senyum...dia lagi la seronok menjerit..jerit suka , macam tegur semua orang....macam macam la si adam haziq ni..ummmmmmmuah..sayang anak umi.....

Tongkeng Ayam....

emmm best ker makan tongkeng ayam... onie penah gak tanya mr hubby...dia suka sangat makan tongkeng ayam..asal p pasar malam jer, mesti beli tongkeng ayam goreng... emmm macam macam kan...
orang dulu dulu kata kalau suka makan tongkeng ayam, mulut dia mulut murai..kuat merajuk.. betul ker..
so, onie pun bandingkan lah dengan mr hubby..banyak cakap tu..macam betul...banyak gebang..hahahaha..
tapi yang kuat merajuk...macam tak betul jer... apa pun..bila pikir pikir balik..apa kaitan nya sikap kita dengan ayam..sama ker...hehehehe

Selasa, 14 Jun 2011

alhamdulillah

aku baru lek dari unit exam ni.. alhamdulillah urusan rezo dah ok..esok nak packing soalan dalam sampul..pastu double check soalan semula...kot kot ada silap...
penat juga ni..dulu dah merasa gak la 2 sem pegang jawatan ketua unit exam JMSK..penat kata kau...memang tak larat..tekanan otak..mental ..emosi..fizikal....
sekarang kakak tu dah lek semula, jawatan pun diserahkan kembali la kat dia...rasa lega kepala otak ni..hua hua hua.. penat jadi orang atasan ni tau..so..semat dalam hati ni, biar tak da jawatan tapi gaji naik..hahahaha boleh ker macam tu...  :)
seminggu kakak tu p kusus..dekat final lak tu..so terpaksalah aku diserahkan sebahagian tugasnya...huhuhhuhuhu hari ni saja 2 kali naik turun unit exam, kena p meeting la..macam macam la...
tapi apa pun semua berjalan lancar..harap masa final nanti pun berjalan lancar....amin.......

Isnin, 13 Jun 2011

tanggungjawab atau beban??????

tanggungjawab atau beban??? dua perkataan ni buat korang rasa apa??? bila ada tanggungjawab, kat situ la adanya beban..che wah..wat kata bidalan sendiri la pula.....huahuahua..
susahkan bila kita ada tanggungjawab...nak laksanakan tanggungjawab tu pula..kalau berjalan lancar..ok la.tapi kalau tak??? pening..tensen..tekanan..semua ada....
tu tanggungjawab kerja.. kalau tanggungjawab lain??? jadi isteri..jadi mak...jadi anak...ish..semua orang ada tanggungjawab kan..cuma cara kita nak handle tanggungjawab tu yang berbeza....

Jumaat, 10 Jun 2011

pasal umah lagi.........

pasal umah lagi.... rabu kelmarin 8 jun p pejabat lawyer..sign satu dokumen..dokumen terakhir..dokumen untuk asas dunia mengatakan kita wat loan gomen ..berapa bayaran sebulan... huhuhuu rm1105 gak la sebualn..waaa..pas ni semput la kita  orang satu family.....
tanya lawyer tu..dia kata dalam 2 bulan kot baru dapat kunci..apa pun..tunggu panggilan jer la.. so..sekarang semua dah selesai..tunggu nak p amik kunci jer la....
mudah mudahan semua berjalan lancar..banyak lagi kena pikir i pasal hal nak masuk umah........
semua main rm jer...mana nak cekau???? angan 2 banyak.tapi rm??? nak cari mana??

hari yang memenatkan

emm semalam 9 jun..el...adam tiba tiba demam..panas badan..sian pula nak tinggal dia kat pengasuh..
mr hubby pun suruh kita tak yah keje..tgk anak katanya..so..jaga anak la kat umah...
adam pun merengek jer..emmm penat juga..baru sorang tu..hahahahahaa kalau 2..3...naya...
hari ni pula dah mai keje..siapkan semua yang tertangguh..soalan final..2 set lagi..skima..
prepare bahan untuk ngajar minggu depan..aduh..agak memenatkan... tu pun ada gak tak siap lagi..bawa balik la ..marking kat umah la tugasan pelajar..huhuhuhu...penatnya...waaaaaa........

Jumaat, 3 Jun 2011

kursus......

minggu depan 6/6 sampai 7/6 aku berkursus kat POLIMAS...ok la..nak tambah bilangan hari kursus..tu yang apply juga tu..tak jauh mana kan..nak balik hari pula..so..ok.la..
kelas sumer dah  ganti ........

Khamis, 2 Jun 2011

yang di tunggu dah sampai.......

alhamdulillah..baru jer terima surat kelulusan terima pinjaman perumahan..so, pagi pagi esok kena wat pos laju la..tak pun, malam jap p pejabat pos ...buat pos laju..g ajak mr hubby p carrefour la..
ala..tak leh la nak ajak mr hubby..search tadi, pejabat pos carrefour tutup kul 8pm..huhuhuuu, tak sempat..
macam tu..mr hubby lek kul 8 baru sampai umah....
tak pe lah..pagi pagi sok kena p pej pos permatang pauh la nampaknya........
apa pun, lega dah lulus..tunggu duit semua dah dibayar ke pemaju..harap harap proses ni pun tak lama..kawan kawan kata lama..so, tunggu jer la...kot ada rezeki adam haziq....
emm cite punya citer..nak tau aku beli umah kat mana? kat simpang ampat juga..dekat jer dgn umah company mr hubby dulu..kira tempat tu ok la..harga??? emmm banyak mahal la...tapi apa leh buat...umah zaman sekarang memang mahal..tadi jumpa TP( ustaz Najib...) dia kata umah aku beli agak mahal.katanya umah kat kulim murah lagi..KULIM???? murah macam mana pun, aku tak mau..
jauh la ke utara..kampung kat perak....emm..apa pun, ni la rezeki aku...boleh la..

ni la pemandangan umah aku....umah tengah...kalau dalam umah..boleh rujuk disini http://norkiahs.blogspot.com/
cik kiah net  penah letak gambar pasal umah dia..so, ruang dalam umah ni pun macam tu juga la lebih kurang..........
heheheeh excited ni..nak tau alamat umah aku.. no.49,lorong merak 64 , taman idaman, 14100 simpang ampat, seberang perai selatan, pulau pinang.............
semoga semua  urusan dipermudahkan dan segera...... Amin........

kelas kelas kelas...

emm..kena ganti kelas lagi...dah ganti utnuk hari isnin...kena ganti untuk selasa pula ni...
macam banyak jer lagi nak ajar..waaa....bila nak abis..
tu la.. orang semua combine kelas, gilir gilir ajar..kita ni degil tak mau...
emmm..penat la ajar ramai ramai sangat... kurang dari 10 untuk budak2 carry pun dah meletihkan..apatah lagi dkt 20 orang..
memang senang kerja kita..tapi tak syok la pula kalau student fail semua...emmm..penat kan.......
penat ajar..penat ......tapi student tak dapat apa....
pulun ni..harap2 sem ni student ok...tapi dah nampak dah calon tuk fail ni...
hahahahahahahaha

Rabu, 1 Jun 2011

alhamdulillah....

alhamdulillah..KIK dah selesai..hilang satu beban dalam otak ni..letih memikirkan..walaupun tak menang ( dah jangka dah pun) tapi ok ja.........tak de perasaan sangat pun..sebenarnya yang terasa beban tu sebab kena present..hahahahah lawak kan lecturer takut nak bercakap....
apa pun semua dah selesai...
sekarang ni fokus kat kelas jer la....abiskan silibus...emmbahan pnp kena ready..
alahai..bila nak start buat buku ni cik kiah net???..huhuhuhuu

gud lak for me.....

emm today i'll be  one of a presenter in KIK konvekesyen... jap g la around 10 am..waaa...takut gak ni..berdebar..nama je lecturer..tapi part present ni yang malas.. aku pun tak tahu nape jadi lecturer..padahal dulu masa sekolah, nak p cakap kat depan orang ramai la benda yang paling menakutkan..tu yang semua kawan kawan TERKEZUT...bila tau aku jadi lecturer....hahahahahah..penah kat sek dulu, kaunselor wat kajian nak tentukan profesyen aku.... lecturer ni tak ter senarai pun..kata lecturer , aku lebih sesuai buat keje kat lab...hahahahahaha..dah terpesong jauh ni.......  tu orang kata..kita hanya merancang..tuhan yang tentukan....
back to the story....gud lak for me............huahuahuahuahua

Isnin, 30 Mei 2011

letih ..sedihnya...part 2...

emm..minggu ni pun , sepanjang minggu...letih la..rabu ni ada presentation KIK...pastu kan minggu depan nak p kusus..plan nak minta cuti la lepas kusus tu..( kalau  bos bagi )..so, kena buat kelas ganti la pula kalau tak nak bos banyak tanya .....ingat tadi nak bincang dgn student masa ganti, tapi tak sempat...
esok la nampaknya...
emm..so, plan minggu ni pagi petang ada kelas... sehari 4 jam ...waaa.........nak nangis.............
nak siapkan bahan pnp lagi..nak pakai yang lama macam tak valid ..budak budak ni lemah..so kena ada bahan untuk pelajar lemah la..aduh.penat ......dan tiada siapa pun yang memahami..........waaaaa.........sedihnya............waaa....waaaaa...waaaaa.........  :) :) :)

letihla........sedihnya...huhuhuhuhuhuhuhu

penatnya ujung minggu ni..angkat barang..alkisahnya kami kena kosongkan umah company..biasa la company cina..kalau ada orang mai duduk ja..mula la kacau , padahal masa awal awal tu, depala yang dok minta kita dok, jaga umah la konon......emm macam macam la..so, tak sempat nak tunggu dapat kunci umah baru..yela la..umah baru dekat sikit dengan umah company tu, tak la penat nak pindah.tapi tak bleh..kena pindah umah sewa dulu...alahai..letihnya......semalam jenuh la mengangkut..sebenarnya dah lama letih..tapi orang jer tak tahu..dok kemas sikit sikit kat umah tu...aduh..letih...letihnya....
so..semalam dari pagi sampai malam baru abis..banyak tak terkira..barang barang kakak ku yang banyak..aduh...letih..letih lagi...
ujung minggu ni mr hubby ajak lek kampung pulak...adoi..adoi..mak...tolong..macam nak mati dah ni..pinggang pun sakit...dah lama tak hilang hilang...nanti nak kena p klinik gak la ...periksa apa tak kena......kat kampung nanti tahu tahu la..bukan leh baring , rehat pun....aduh..letih..pastu nak kena p kusus pula.ulang alik ke kedah..
orang tgk , dgr..tak tahu kita punya badan letih macam mana....
orang kata , tolak la kusus tu..padahal dia tak tahu, kita tak cukup kusus.....
 sedih kan..bila orang yang paling  rapat dgn kita tak faham kita..tak kesian kat kita..tapi lebih kesiankan orang lain....lebih pikirkan nak jaga hati orang lain..
hati kita, badan kita...tak pikir pula..mungkin orang tu pikir juga hal kita ..tapi entahlah...dari tingkah laku..percakapan..kita selalu rasa kecik hati sangat..hal kita selalu diketepikan.....
macam mana ni...ada sesiapa bleh tolong.........huhuhuhuhuh  :)

Isnin, 23 Mei 2011

harapkan pagar..pagar tak boleh harap..

emm..macam macam hal la..aku dah la tak tahu..so serahkan pada yang pakar la..tapi ada juga masalah..
hal nak beli umah la ni..risau pula jadinya..tadi pemaju col..katanya ada borang tak lengkap..tak hantar la..
emm..ni nak salahkan admin la ni..aku p tanya, dia kata ok jer semua dokumen...tup tup tak lengkap pula..
petang ni baru sampai surat..nak kena uruskan la..
borang dah setel..nasib ustaz najib ada...boleh ganti pengarah tandatangan..kalau tak haru..pengarah cuti sebulan mulai hari ni..waaaaa
...satu lagi..nasib tau hari ni ,awal gak tau tadi..kalau tak haru juga..2 hari ustaz najib tak de....
so..dah setel borang yang perlu tanda tangan..esok pagi2..kena minta cop KJMSK jap, pastu kena lari p pos jap la..pos laju la...
huhuhuhuhuhu...letih la macam ni... apa pun..mudah mudahan dipermudahkan segala urusan..dipercepatkan segala urusan...AMIN.........

maharaja lawak minggu ke 8..

emmmm..tiba tiba pagi pagi ni nak wat entry pasal maharaja lawak pulak..
best giler bila R2 menang undi masuk..nasib bukan amir..masa dok surf pasal maharaja lawak..tgk ada undi masuk lepas amir terkeluar minggu ke 7..emm rasa macam dah politik astro ni.nak bagi amir masuk...tapi nasib bukan amir..
R2..wahahahaha memang best..lawak slumber depa..si abang tu memang selalu kuar ayat power la...
minggu ni aku suka lawak sepah...lawak jozan...nabil macam biasa la...jambu..aku tak berapa faham sangat mula mula tu..balas..emm..tak suka la balas punya lawak minggu ni...macam over..kalau budak2 sekolah ikut..kalau bab bab cium masa belajar matematik tu..emm..tak berkonan la ....tak suka la balas minggu ni...
man ok..rasa macam nak bagi balas kuar jer...asyik wat lawak double meaning ja....otak depa ni blue sangat2 kot no....
apa pun..macam tak terbayang jer siapa yang menang..jozan..jambu..sepah....nabil... aku rasa ni yang sengit jer..siapa yag akan jadi top 3 ek..huahauauauhauhauhahauhu.......tunggu jer la......

Rabu, 18 Mei 2011

astro..wajib ke kat umah???

emm.. saja je wat entry ni.. astro??wajib ker kat umah...
dalam keluarga aku..semua ada astro..abg lan, nuar, pijan,kak azu..kat kampung pun ada( kat kampung dulu aku la yang suruh pasang , untuk  mak , adik yang banyak masa dok umah dari aku yang keje ni......)
tapi aku? aku and mr hubby rasa tak berapa perlu...bukan selalu pun tgk tv..masa baru kawin pun tak tengok tv sangatt..dah ada anak ni lagi la..kul 8 or 9 dah masuk tido dah pun...
ala, lagipun channel biasa banyak gak ada...TV1,TV2,TV3,NTV7,8TV,channel 9..semua kat umah dapat...tak kisah pun...
cuma my mom selalu kisah...sebab tu terpikir....perlu ker....
baru baru ni , my sis ada problem dgn astro...cite nya, my sis pakai astro max..sekarang ni tak de dah astro max..orang astro nak hapuskan astro max..depa suruh pakai astro beyond...dah janji nak pasang kat umah my sis..tapi dah berbulan bulan tak pasang..sekarang my sis dok dengan aku..terjadilah tragedi ni..pihak astro tiba tiba jer potong..padahal baru bayar 2 hari dan belum due date lewat pun..
col la suruh pasang lek..depa kata kena pakai astro beyond..janji hari khamis nak mai...tapi sampai skrg tak mai lagi..dahsyat kan..depa ni nak duit..tapi tak mai mai  pasang..dah seminggu..tapi nanti bayarnya sama juga..pelik..penat gaduh dgn astro ni..tak dapat apa pun...
so, dah seminngu tak berastro.. aku dgn mr hubby tak kisah pun la..
tapi tgk anak sedara ..kesian..dah biasa tgk karton , channel astro ceria..emmm nampak la muka boring kalau kat umah tu......
kita bayar astro kita harapkan perkhidmatan ok..ramai yang dok maki hamun kat belakang tentang perkhidmatan astro ni..tapi dok pakai juga..dok bayar juga tiap tiap bulan..sebab tu astro tak kisah pun.bagi astro..sape nak pakai, bayar...puas hati or tidak terpulang..kalau tak puas hati..nape pakai..betul tak???
kita yang tentukan..dah tak puas hati..stop la...apa susah..
so, pikir la sendiri..wajib ker ada astro kat umah???

tido meniarap.......

sejak akhir akhir ni..si adam haziq suka tido meniarap...
ntah la pasal apa..
si kecik  tu selalunya tido mengiring... so..bila dok gerak gerak masa tido tu..emmm terus meniarap....
dok google juga la ni bahaya ke tak tido meniarap...
emmm macam macam la..
satu lagi dok google juga..adam haziq tu, suka sangat muak susu....
takut juga..
nak masuk 6 bulan dah.....30 mei  ni adam haziq 6 bulan la....

Isnin, 9 Mei 2011

boleh percaya ker..terpulang lah...

Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan tarikh kelahiran , mahupun urutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu, tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan hubungan anda dan si dia  saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai berikut:
Si Sulung dengan si Sulung
Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah
Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya. Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok  bagi siapa saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah
Memiliki potensi untuk serasi di antara  satu sama lain. Meskipun keduanya si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu
Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu
Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana mengurus hidup dengan  lebih baik dan  serius. Si bungsu akan dapat mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu
Berhati-hatilah kerana anda  berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal
Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan  banyak waktu untuk  hidup rukun dan saling mendukung.