Rabu, 6 April 2011

rahsia tarikh lahir dalam islam...

asyik post pasal anak jer..hehehehe.biasala...dah ada anak...
kali ni post lain sikit la..saja jer nak share dgn semua...
kita boleh tau sikap seseorang melalui tarikh lahir dalam  islam tau...ni cuma kajian jer..semuanya dari Allah s.wt
ni web dia..nak tau kita lahir ikut bulan islam..cubalah...
http://www.oriold.uzh.ch/static/hegira.html
pastu ni sikap kita yang diramal.......tapi tak tahu la betul ker tak.......
bukan apa..mr hubby lahir bulan rabiul akhir..tgk tgk..rahsia ni..katanya  perwatakan orang yang lahir bulan rabiul awal  ni jahat..
tapi mr hubby tak la jahat pun onie tgk..tak tahu la pula masa tak kahwin dgn dia dulu kan...hehehehe
tapi apa yang penting masa sekarang dan masa depan.......luv u mr hubby...hehehehehe
onie pula lahir bulan rejab.....tgk la..ada betul ke..hehehehehehhahahahahaha

Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.


Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang
hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan