Rabu, 6 April 2011

juru dam.......


last 2 week..ronda ronda juga..bawa adam haziq jalan2..dok dalam keta jer pun...pastu terbehenti pula kat tepi jalan ni..adam nak minum susu..mr hubby pun nak smoking..so..lepak la jap kat juru dam ni..
tak tahula pula ada juru dam..dah lepak2 baru tau...
juru dam ni terletak bersebelahan dgn jabatan veterinar seberang perai...ala..jalan p krico tu..kat area bukit tengah tu..mesti korang tak perasan kan...
tapi juru dam ni tak seindah mengkuang dam..orang pun tak ramai sangat........persekitaran pun tak berapa bersih...apa pun..layan jer la...






aksi model wayar kabel akoma.....

ni aksi model wayar kabel akoma...nak tahu ni adik ipar onie..atau omputihnya brother in law...dia keje sama dengan mr hubby..gambar ni pun amik dari mr hubby..dah minta izin dah nak letak kat blog ni..
bukan apa ..saja jer...masih single kot..atau dah berpunya..emmmm nanti kena tanya la....
sesape nak kenal boleh la gtau..hahahaaha(adik..jgn mara na...gurau gurau ja..nak marah..marah along k..)




kantoi ngelat keje...along pun macam ni kot..hahahahahah

aksi new future f1 star

dah lama nak buh gambar ni dalam blog tapi tak bawa pun memory card..so..hari ni baru dapat buh..
gambar ni mr hubby ambil masa onie@umi kena kerja hari sabtu and ahad coz ada hari konvokesyen kat poli..
mr hubby dok layan si adam haziq la..
tgk la..
gaya lagaknya macam f1 star..hahahahaha
ni mula mula start keta..panaskan enjin

keta masih belum jalan lagi

ni keta dah jalan...dok usha awek kat tepi jalan...hahahaha

ni dok brek ..kucing melintas...hahahaha

ni gaya apa ek...emm emmm emmm

ni paling syok..gaya keletihan memandu jauh...
hati hati memandu..dont sleep n drive..

hahahahahaahaha macam macam lah......

rahsia tarikh lahir dalam islam...

asyik post pasal anak jer..hehehehe.biasala...dah ada anak...
kali ni post lain sikit la..saja jer nak share dgn semua...
kita boleh tau sikap seseorang melalui tarikh lahir dalam  islam tau...ni cuma kajian jer..semuanya dari Allah s.wt
ni web dia..nak tau kita lahir ikut bulan islam..cubalah...
http://www.oriold.uzh.ch/static/hegira.html
pastu ni sikap kita yang diramal.......tapi tak tahu la betul ker tak.......
bukan apa..mr hubby lahir bulan rabiul akhir..tgk tgk..rahsia ni..katanya  perwatakan orang yang lahir bulan rabiul awal  ni jahat..
tapi mr hubby tak la jahat pun onie tgk..tak tahu la pula masa tak kahwin dgn dia dulu kan...hehehehe
tapi apa yang penting masa sekarang dan masa depan.......luv u mr hubby...hehehehehe
onie pula lahir bulan rejab.....tgk la..ada betul ke..hehehehehehhahahahahaha

Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akanmendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.


Ramadhan

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan
baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang
hati-hati dan kurang
pertimbangan.

tak sihat........

2 hari el..adam punya hal la.. tak sihat..sesema teruk sangat..bawa p klinik pagi isnin tu.. selasa tengok tak ok sangat lagi....
hari ni baru macam ok sikit ..tapi tak berapa ok juga la...
tgk la..siannya anak umi ni...





gambar bawah ni pula ..snap malam tadi..nak tergelak pun ada...mcm usop whelca..hahahaha..
ni semua pasal mr hubby@mr.ayah kot..selalu sangat tgk citer hantu kak limah..
si adam pun..kalau tgk citer hantu kat limah tu..tak kedip kedip mata..
pastu suka sangat kalau kita nyanyi lagu jet jet semut...tu lagu peberet mr hubby dgn si anak la..
hahahahahaha

macam usp whelca kan...hahahahahaha

hari minggu.....

last weekend.. p joging joging kat mengkuang dam..bawa adam sekali..dia tak berapa sihat..kononnya si umi dgn si ayah nak bagi dia hirup udara segar la...hehehehe..pas p mengkuang dam..singgah jap kat junjung...pastu baru lek umah...













Jumaat, 1 April 2011

shiooknya tido.......

amboi amboi anak umi ni..syoknya dia tido.....ralit la kalau tgk si kecik ni tido...tak jadi keje.. :)

aksi si comel

semakin hari semakin membesar si adam haziq ni..sekarang adam haziq dah berumur 4 bulan ...
adam dah boleh meniarap..tapi tak boleh pusing badan lek sendiri lg..baru satu hala ja..
tgk la..




fikir fikir kan......

Tsunami Di Jepun Telah Di Takdirkan Dalam Al-Quran?

Tragedi bencana alam yang telah melanda Jepun memang tidak boleh dipandang ringan. Sama-samalah kita berdoa supaya negara kita bebas dari bencana-bencana sepertimana yang melanda negara-negara lain di dunia. Tetapi tahukah anda semua, Tuhan sudah mengtakdirkan segala apa yang telah berlaku di Jepun? Mengikut kajian yang dijalankan melalui Al-Quran, keputusan yang didapati seperti berikut adalah sangat menakjubkan:-
1. Tarikh yang berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah atau 6/4/1432.

2. Jadi, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1). Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan:-
“Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya”.

2). Rahsia seterusnya yang menunjukan malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)


so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.


Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah mana yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38’15 dan Longtitude 140’53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah S.W.T maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3). Rahsia seterusnya dengan tarikh 6,
masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4). Dan seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5). Lihat.. betapa benarnya ayat-ayat Al-Quran. Segala yang dinyatakan tetap berlaku. Walaupun sudah berabad lamanya Kitab Al-Quran diturunkan.

6). Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun, Al-Quran tetap sebagai satu-satunya panduan sebenar bagi sepanjang zaman.

7). Masih banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulianya Al-Quran. Dan segala yang diungkapkan di dalamnya adalah merupakan kebenaran kepada alam ini.

Wallahhuallam.

Khamis, 31 Mac 2011

bila student bertanya..

emmm..as a lecturer..bila dapat jawab soalan yang student tanya mesti rasa ..alhamdulillah...terutamanya yang bertanya tu pelajar yang pandai...lagi rasa betapa hebatnya kita dan mesti pelajar tadi akan rasa ..wow..hebat lecturer ni.. tapi macam mana pula kalau tak dapat nak jawab dgn jawapan yang logik???
emmm...nak cite ni..tadi lepas bagi kertas ujian kat student..adalah student dgn  markah tinggi sekali mai argue napa jawapan salah..sedangkan apa lecturer dia ajar ( siap dgn nota sekali) ,dia ikut..tapi salah....
onie pun jadi haru..bukan apa.. hal ni dah bncang dlm kalangan lecturer dah..tapi onie tak reti nak terangkan kelogikan jawapan utk student ni..( student pandai la katakan..emmm.) macam mana yer..
masih tgh search lagi jawapannya....
nak tau soalan nya...ni soalannya...integrate..
so korang rasa..apa jawapannya???
soalan simple kan..tapi pening juga nak jawab..sebab ada dua jawapan...yang onie rasa , boleh diterima...
apa pun..dalam matematik takkan ada 2 jawapn yang berbeza..kalau ada pun, perlu ada penjelasan yang logik dan jelas..
apa pun..esok nak kena menjawab la..kisahnya bukan onie salah ngajar..tapi onie ambil kelas orang...so, lecturer sebelum tu ajar lain dari apa yang kita faham..payah la kan..so, esok kena explainkan la kat student...alahai..aduhai...